Wednesday 27 March 2013

Pangkalan JJ Jenggo - Perkhidmatan disediakan


   Perkhidmatan Pangkalan JJ Jenggo

  1. Oleh kerana konsep pangkalan ini adalah memancing adalah satu riadah, semua perkhidmatan yang ditawarkan berkaitan dengan aktiviti ini.
  2. Sampan untuk  disewa
  3. Sampan dan enjin untuk disewa
  4. Pemandu sampan berpengalaman
  5. Penganjuran pertandingan
  6. Tapak perkhemahan
  7. Joran untuk disewa
  8. Khidmat nasihat percuma(tgt riadah


sampan panjang muat 4 orang termasuk pemandu
sampan pendek untuk seorang atau berdua dengan pemandu

enjin yang disediakan untuk disewa












Tuesday 26 March 2013

Pangkalan JJ Jenggo - lokasi kami


Pangkalan JJ Jenggo adalah salah satu daripada 4 pangkalan nelayan yang beroperasi di sepanjang sungai Bernam. Pangkalan ini baru sahaja dibangunkan semula dengan konsep “memancing adalah satu riadah.” Dengan konsep ini JJ Jenggo  ingin berkongsi kehebatan kawasan ini dengan masyarakat terutama peminat-peminat sukan memancing.

Pengkalan kami terletak di Blok 9, Belia 2, Sungai Panjang, Selangor Darul Ehsan.
Ianya terletak di dalam kawasan pinggir hutan yang boleh di temui kira-kira 100m dari pengkalan luar.  Kenderaan pacuan 4 roda adalah kenderaan yang paling sesuai digunakan untuk ke sini.
  



Jarak antara pengkalan ini dengan pekan Sungai Besar dan pekan Sabak Bernam ialah 25km.  Masa yang diambil untuk sampai ke pengkalan ini dari Sg Besar ialah kira-kira 30 minit.  Selain dari itu pengkalan ini juga boleh dicapai dari Tanjung Malim (70km).

Lokasi memancing ialah di sepanjang Sungai Bernam, bermula dari Teluk Besar sehingga ke Rasau Cantek.








Hasil tangkapan bulan Disember 2012

 
sederhana.......
yang bawah ni jenggo......

   

Pertandingan Memancing Udang Galah

Pertandingan dianjurkan oleh Kelab Memancing Pangkalan Jejak Jenggo pada 21 April 2013

1.  PENGENALAN

    Pertandingan memancing Udang Galah anjuran Pangkalan Jejak Jenggo Blok 9, Belia Dua , Sg Panjang ,  
    45300 Sungai Besar, Selangor adalah pertandingan pertama kali di daerah ini. Pertandingan ini diadakan
    selaras dengan konsep pangkalan iaitu memancing satu riadah.

2. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN
  • Tarikh yang dicadangkan adalah pada 21 April 2013  ( Ahad ) bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
  • Pertandingan akan diadakan di Sungai Bernam di sekitar kawasan Blok 9, kampong Belia Dua Sungai  Panjang. 


3.  PENDAFTARAN  
  • Terbuka kepada mana-mana individu  yang berminat dari semua daerah di dalam Negeri Selangor    dan  Perak selatan untuk menyertai  acara ini.
  • Pendaftaran dibuka dua minggu sebelum hari pertandingan


4.  BAYARAN PENYERTAAN
  • Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini  akan dikenakan bayaran wajib  sebanyak              RM 35.00 ( Tiga puluh lima ringgit sahaja ).
  • Bayaran untuk sewa sampan dan enjin  adalah sebanyak RM 50   sahaja. Namun bagi yang mahu   bersendirian sewa adalah RM 100
  • Bayaran sewa sampan tidak akan dikenakan jikalau peserta membawa sampan sendiri.
  • Bayaran penyertaan boleh dibuat secara  tunai  se hari sebelum pertandingan atau melalui e mail.( Resit  pembayaran perlu untuk pengesahan ) atau sebelum pukul 8.00 pagi hari pertandingan.


5.       SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMANCING
  • BILANGAN PESERTA DALAM SATU SAMPAN ADALAH BEBAS  .
  • BAYARAN RM 35.00 BAGI SETIAP PESERTA DAN BAYARAN SAMPAN BEBAS SAIZ ADALAH RM 50,   HANYA 3 ( TIGA )  JORAN SAHAJA DIBENARKAN DAN MESTI BAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN UNTUK                     DITAG  .
  •  PERTANDINGAN AKAN BERMULA SEBAIK SAHAJA PEGAWAI  PERTANDINGAN MEMBUNYIKAN AIR – HORN DAN TAMAT SETELAH AIR – HORN KEDUA DIBUNYIKAN 
  •  UMPAN BEBAS- CACING, ANAK UDANG, ANAK IKAN(organ binatang takut menarik perhatian haiwan lain -buaya ).
  •  MATA KAIL BEBAS.
  •  SETIAP PESERTA TIDAK BOLEH MEMINDAKAN ATAU BERPINDAH LOKASI MEMANCING SEBAIK TALI PANCING DILABUHKAN. JIKA BERLAKU PERPINDAHAN PENYERTAAAN AKAN TERBATAL.
  •  PEGAWAI PERTANDINGAN (MASHALL ) AKAN MENGESAHKAN TANGKAPAN  DAN TIMBANGAN BERAT UDANG.
  • SETIAP PESERTA LAYAK MENGHANTAR SEBANYAK UDANG YANG DIKEHENDAKI  UNTUK DIPERTANDINGKAN, NAMUN HANYA 1 ( SEEKOR SAHAJA ) LAYAK UNTUK MENGGONDOL HADIAH.
  • KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH  MUKTAMAD.
  •  JIKA  DIDAPATI PESERTA MENDAPAT SEBARANG PERTOLONGAN DARI MANA-MANA PIHAK, PENYERTAAN DENGAN SENDIRINYA AKAN TERBATAL .
  • SEBARANG PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG DENGAN URUSETIA PERTANDINGAN.
  • SEMUA PESERTA PERLU MENGESAHKAN PENYERTAAN  DENGAN URUSETIA PERTANDINGAN    SEMINGGU  SEBELUM TARIKH PERTANDINGAN. 


 6. HADIAH  
  •         Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang memenuhi syarat pertandingan. 
  •         Hadiah dikategorikan kepada 2 iaitu hadiah utama ( 1-4 ) dan hadiah saguhati.
  •         Hadiah berupa wang tunai akan diberikan mengikut urutan berikut  

                     i.   JOHAN  - WANG TUNAI           RM 1500.00
                     ii.  N/JOHAN  - WANG TUNAI       RM 500.00
                     iii. KETIGA  - WANG TUNAI          RM 100.00
                     iv. KEEMPAT  - WANG TUNAI      RM 50.00
                      v. SAGUHATI
                                         20 TERBAIK                RM 20 

 7.  BORANG PENYERTAAN DAN PERTANYAAN
      Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar / di e- mail kepada :   

      
      URUSETIA
      PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH
      PANGKALAN JJJENGGO
      BLOK 9, BELIA DUA,
        45300 SG PANJANG 

      Atau

      Mendaftar pada hari SABTU ( 20.4. 2012 ) di Pangkalan JJ Jenggo.

       Atau

      Kepada :

                  1.  EN HILMI            :  011 15725171  
                                                       017 3013687 
                                                       munik79@yahoo.com
                                                               
                  2.  EN MOHD ZAKI :  019 3203767    
                                                        zakijaafar64@yahoo.com