1. PENGENALAN
Pertandingan memancing Udang Galah anjuran Pangkalan Jejak Jenggo Blok 9, Belia Dua , Sg Panjang ,
45300 Sungai Besar, Selangor adalah pertandingan pertama kali di daerah ini. Pertandingan ini diadakan
selaras dengan konsep pangkalan iaitu memancing satu riadah.
2. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN
- Tarikh yang dicadangkan adalah pada 21 April 2013 ( Ahad ) bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
- Pertandingan akan diadakan di Sungai Bernam di sekitar kawasan Blok 9, kampong Belia Dua Sungai Panjang.
3. PENDAFTARAN
- Terbuka kepada mana-mana individu yang berminat dari semua daerah di dalam Negeri Selangor dan Perak selatan untuk menyertai acara ini.
- Pendaftaran dibuka dua minggu sebelum hari pertandingan
4. BAYARAN PENYERTAAN
- Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran wajib sebanyak RM 35.00 ( Tiga puluh lima ringgit sahaja ).
- Bayaran untuk sewa sampan dan enjin adalah sebanyak RM 50 sahaja. Namun bagi yang mahu bersendirian sewa adalah RM 100
- Bayaran sewa sampan tidak akan dikenakan jikalau peserta membawa sampan sendiri.
- Bayaran penyertaan boleh dibuat secara tunai se hari sebelum pertandingan atau melalui e mail.( Resit pembayaran perlu untuk pengesahan ) atau sebelum pukul 8.00 pagi hari pertandingan.
5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMANCING
- BILANGAN PESERTA DALAM SATU SAMPAN ADALAH BEBAS .
- BAYARAN RM 35.00 BAGI SETIAP PESERTA DAN BAYARAN SAMPAN BEBAS SAIZ ADALAH RM 50, HANYA 3 ( TIGA ) JORAN SAHAJA DIBENARKAN DAN MESTI BAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN UNTUK DITAG .
- PERTANDINGAN AKAN BERMULA SEBAIK SAHAJA PEGAWAI PERTANDINGAN MEMBUNYIKAN AIR – HORN DAN TAMAT SETELAH AIR – HORN KEDUA DIBUNYIKAN
- UMPAN BEBAS- CACING, ANAK UDANG, ANAK IKAN(organ binatang takut menarik perhatian haiwan lain -buaya ).
- MATA KAIL BEBAS.
- SETIAP PESERTA TIDAK BOLEH MEMINDAKAN ATAU BERPINDAH LOKASI MEMANCING SEBAIK TALI PANCING DILABUHKAN. JIKA BERLAKU PERPINDAHAN PENYERTAAAN AKAN TERBATAL.
- PEGAWAI PERTANDINGAN (MASHALL ) AKAN MENGESAHKAN TANGKAPAN DAN TIMBANGAN BERAT UDANG.
- SETIAP PESERTA LAYAK MENGHANTAR SEBANYAK UDANG YANG DIKEHENDAKI UNTUK DIPERTANDINGKAN, NAMUN HANYA 1 ( SEEKOR SAHAJA ) LAYAK UNTUK MENGGONDOL HADIAH.
- KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.
- JIKA DIDAPATI PESERTA MENDAPAT SEBARANG PERTOLONGAN DARI MANA-MANA PIHAK, PENYERTAAN DENGAN SENDIRINYA AKAN TERBATAL .
- SEBARANG PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG DENGAN URUSETIA PERTANDINGAN.
- SEMUA PESERTA PERLU MENGESAHKAN PENYERTAAN DENGAN URUSETIA PERTANDINGAN SEMINGGU SEBELUM TARIKH PERTANDINGAN.
6. HADIAH
- Hadiah akan diberikan kepada pemenang yang memenuhi syarat pertandingan.
- Hadiah dikategorikan kepada 2 iaitu hadiah utama ( 1-4 ) dan hadiah saguhati.
- Hadiah berupa wang tunai akan diberikan mengikut urutan berikut
i. JOHAN - WANG TUNAI RM 1500.00
ii. N/JOHAN
- WANG TUNAI RM 500.00
iii. KETIGA - WANG TUNAI RM 100.00
iv. KEEMPAT - WANG TUNAI RM 50.00
v. SAGUHATI
20 TERBAIK RM 20
7. BORANG PENYERTAAN DAN
PERTANYAAN
Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar / di
e- mail kepada :
URUSETIA
PERTANDINGAN MEMANCING UDANG GALAH
PANGKALAN JJJENGGO
BLOK 9, BELIA DUA,
45300
SG PANJANG
Atau
Mendaftar pada hari SABTU ( 20.4. 2012 ) di Pangkalan JJ Jenggo.
Atau
Kepada :
1. EN
HILMI : 011 15725171
017 3013687
2. EN
MOHD ZAKI : 019 3203767
Saya masukkan dalam blog saya.. tq
ReplyDeleteboleh aje..
ReplyDelete