Tuesday 26 March 2013

Pangkalan JJ Jenggo - lokasi kami


Pangkalan JJ Jenggo adalah salah satu daripada 4 pangkalan nelayan yang beroperasi di sepanjang sungai Bernam. Pangkalan ini baru sahaja dibangunkan semula dengan konsep “memancing adalah satu riadah.” Dengan konsep ini JJ Jenggo  ingin berkongsi kehebatan kawasan ini dengan masyarakat terutama peminat-peminat sukan memancing.

Pengkalan kami terletak di Blok 9, Belia 2, Sungai Panjang, Selangor Darul Ehsan.
Ianya terletak di dalam kawasan pinggir hutan yang boleh di temui kira-kira 100m dari pengkalan luar.  Kenderaan pacuan 4 roda adalah kenderaan yang paling sesuai digunakan untuk ke sini.
  



Jarak antara pengkalan ini dengan pekan Sungai Besar dan pekan Sabak Bernam ialah 25km.  Masa yang diambil untuk sampai ke pengkalan ini dari Sg Besar ialah kira-kira 30 minit.  Selain dari itu pengkalan ini juga boleh dicapai dari Tanjung Malim (70km).

Lokasi memancing ialah di sepanjang Sungai Bernam, bermula dari Teluk Besar sehingga ke Rasau Cantek.








No comments:

Post a Comment